Assalamualaikum w.b.t
dan Salam Sejahtera,
Dalam usaha menjadikan MRSM Betong sebagai sebuah Institusi
Pendidikan MARA (IPMA) yang dapat
melonjakkan prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar, suasana atau
persekitaran yang kondusif, selamat dan selesa
amat ditekankan. Malahan, kewujudan suasana kerja dan belajar yang
kondusif amat signifikan dalam menyemarakkan budaya kreativiti dam inovasi.
Persekitaran kampus yang sistematik melalui penyaluran perkhidmatan yang
efektif merupakan manifestasi komitmen
ke arah pencapaian matlamat organisasi. Melalui usaha ini juga tahap
profesionalisme dan kecekapan warga kerja sesebuah organisasi dapat
dilonjakkan. Saya percaya melalui pelaksanaan amalan ini secara konsisten, juga
mampu memotivasikan warga kerja dan pelajar dan semangat cinta akan maktab ini.
Dalam merealisasikan matlamat ini, saya percaya pihak maktab khususnya
dapat meningkatkan tahap pengurusan penyelengaraan maktab ke arah pengwujudan
prasarana yang lebih baik di samping dapat meminimumkan pembaziran. Iltizam
warga kerja maktab dan warga pelajar merupakan asas utama dalam kejayaan agenda
ini. Semoga maktab kita dapat menganjakkan kualiti daripada pelbagai
sudut melalui usaha ini. Selamat menjayakan Amalan 5S.
Sekian, terima kasih.
‘AMALAN 5S, BUDAYA KITA’
MOHD ZAKI BIN AB. RASHID
Pengetua MRSM Betong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan